Friday, December 17, 2010

Topik;Fenomena Azan Berkumandang 24 jam sehari seluruh dunia




Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya. Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.

Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula. Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.





SEJARAH AZAN

Terjemahan Azan secara harfiah:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku bersaksi bahawa Muhammad Pesuruh Allah, Marilah mengerjakan solah,
Marilah menuju kejayaan,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Maksud kalimah-kalimah ini mengikut ulama adalah lebih luas daripada tujuh lautan tetapi secara ringkas ialah bahawa Allah mengatasi segala-galanya dan bahawa Tuhan hanyalah satu dan Muhammad adalah rasulnya. Lakukanlah solat untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bahawa Allah adalah di atas segala ciptaanNya dan bahawa Allah hanya satu.

Dari segi sejarahnya, dikisahkan Azan mula diamalkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masehi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.

Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)

Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.

Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).

Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.



http://renungan2us.blogspot.com/

Friday, December 10, 2010

Topik: Kiamat Yang Makin Hampir

Kiamat Yang Makin Hampir

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2. Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3. Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...

4. Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6. Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
 
10. Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
 
12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.  "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad.
~ tengok kes peperangan Iraq...

13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a.,
Rasulullah s.a.w.bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...""



http://renungan2us.blogspot.com/

Topik : Tazkirah Bus Stop


“Perjalanan Terakhir Yang Pasti Akan Ditempuh Oleh Setiap Insan”
1. Apabila seorang mukmin dikuburkan, kubur pun berkata kepadanya :
Selamat datang! Engkaulah orang yang paling aku sukai, siapa yang berjalan di atasku menuju ke arahku, hari ini akulah penguasamu dan engkau telah kembali kepadaku. Engkau akan mengetahui apa yang aku lakukan terhadapmu”.
2. Sementara jika yang dikuburkan itu seorang yang derhaka atau kufur, kubur berkata kepadanya :
“Tidak ada selamat datang untukmu! Sesungguhnya engkaulah orang yang paling aku benci, siapa yang pernah berjalan di atasku menuju ke arahku, hari ini akulah yang menjadi penguasamu dan engkau telah pun kembali kepadaku. Maka engkau akan lihat pula apa yang akan aku perbuat kepadamu”.
Lalu pada ketika itu juga, kedua tepi kubur menyempit sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.
3. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Asy Syu’araa’ ayat 88-89 tafsirnya :
“Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik”.


http://renungan2us.blogspot.com/

Monday, November 29, 2010

Topik: Usah Membenci Mati.!



1. Sikap gusar terhadap kematian bukanlah satu petanda seseorang bersedia menghadapinya. Kerana hukum alam semulajadi sudah menetapkan bahawa setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya.

2. Tiada istilah immortality (kehidupan abadi) didunia melainkan tetap menemui maut di akhir hayat mereka. Golongan free thinker dan atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan serta alam ghaib turut mati apabila tamat riwayat hidup mereka.

3. Tiada siapa boleh menafikan hakikat kematian adalah suatu yang benar lagi pasti sama ada Muslim, Kristian, Hindu dan penganut agama lain.

4. Seorang Muslim diajar asas keimanan teguh merangkumi beriman terhadap perkara ghaib. Mempercayai Allah Taala disamping mengakui ketuhananNYA, wujud malaikat-malaikatNYA, kebangkitan manusia pada Hari Akhirat selain adanya syurga dan neraka merupakan perkara ghaib yang tidak mampu dijangkaui akal manusia.

5. Kesedaran tentang hakikat kematian adalah satu jalan mengingati akhirat agar membanyakkan amal kebaikan serta menjaga ibadah fizikal juga hati. Di sini, syarak menganjurkan perbuatan menziarahi kubur sekali sekala agar mengingatkan diri terhadap akhirat.
 
6. Nabi Muhammad s.a.w berpesan, dari Abdullah bin Mas’ud r.a, “Sebelum ini daku melarang kalian menziarahi kubur, maka ziarahilah ia kerana dapat mengingatkan kalian terhadap hari akhirat.” (Ibn Abdil Bar, kitab Istizkar, 1/224, dan Ibn Munzir, Targhib wa Tarhib, 4/273, hadis: thabit dan sahih)

7. Menempuhi kematian adalah saat gembira bagi orang beriman kerana mereka akan bertemu dengan Allah Taala. Tiada jalan lain menemui Allah Taala kecuali selepas menempuhi kematian.

8. Maka, kematian menjadi nikmat, bukan musibah yang dibenci. Barangsiapa suka akan bertemu dengan Allah, Allah Taala juga suka bertemu dengannya. Dalam sebuah hadis diriwayatkan isteri Nabi s.a.w, Aisyah r.a bahawa sabda baginda s.a.w,
“Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya” (Sahih Muslim, no: 4845, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar)

9. Maka, usahlah membenci mati.


http://renungan2us.blogspot.com/

Topik:10 Hadiah Utama,yang untuk orang tersayang.!



Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi.mesti kita mempunyai orang yang kita kasihi.betul.? ibu,bapa,suami,isteri,saudara-mara,anak dan sebagainya.

1.      HADIAH MENDENGAR:berikan hadiah ini kepada yang memerlukan,dan kita   hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan.Jangan mencelah,jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kita hendak  membalas.

2.      HADIAH TANDA KASIH:Jangan kedekut memberikan pelukan,ciuman dan ramasan tangan.Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan saying yang ada di dalam diri kita.


3.      HADIAH SEHELAI NOTA:Ia mungkin ringkas seperti “saying awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi.Letakkan nota-nota ini di tenmpat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4.      HADIAH KETAWA:Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.Mesejnya ialah,”saya suka ketawa bersama awak”


5.      HADIAH PUJI-PUJIAN:Sesuatu yang simple seperti”warna biru memang sesuai dengan awak” atau “sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.


6.      HADIAH BANTUAN:Tolong basuh pinggan mangkuk,buang sampah,jaga anak,dan sebagainya.


7.      HADIAH BERSENDIRIAN:Ada ketika kita hanya mahu bersendirian.peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untunk dia bersendiri.


8.      HADIAH KECERIAAN:Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang kita kasihi.


9.      HADIAH RIADAH:Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi
  

10.HADIAH DOA:Selalu berdoa untunk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada didalam doa kita.



http://renungan2us.blogspot.com/

Topik:Hampir MENGGADAI sebuah KEIMANAN hanya kerana 20 sen..

Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.
“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”
Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT” 




http://renungan2us.blogspot.com/