Monday, November 29, 2010

Topik: Usah Membenci Mati.!



1. Sikap gusar terhadap kematian bukanlah satu petanda seseorang bersedia menghadapinya. Kerana hukum alam semulajadi sudah menetapkan bahawa setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya.

2. Tiada istilah immortality (kehidupan abadi) didunia melainkan tetap menemui maut di akhir hayat mereka. Golongan free thinker dan atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan serta alam ghaib turut mati apabila tamat riwayat hidup mereka.

3. Tiada siapa boleh menafikan hakikat kematian adalah suatu yang benar lagi pasti sama ada Muslim, Kristian, Hindu dan penganut agama lain.

4. Seorang Muslim diajar asas keimanan teguh merangkumi beriman terhadap perkara ghaib. Mempercayai Allah Taala disamping mengakui ketuhananNYA, wujud malaikat-malaikatNYA, kebangkitan manusia pada Hari Akhirat selain adanya syurga dan neraka merupakan perkara ghaib yang tidak mampu dijangkaui akal manusia.

5. Kesedaran tentang hakikat kematian adalah satu jalan mengingati akhirat agar membanyakkan amal kebaikan serta menjaga ibadah fizikal juga hati. Di sini, syarak menganjurkan perbuatan menziarahi kubur sekali sekala agar mengingatkan diri terhadap akhirat.
 
6. Nabi Muhammad s.a.w berpesan, dari Abdullah bin Mas’ud r.a, “Sebelum ini daku melarang kalian menziarahi kubur, maka ziarahilah ia kerana dapat mengingatkan kalian terhadap hari akhirat.” (Ibn Abdil Bar, kitab Istizkar, 1/224, dan Ibn Munzir, Targhib wa Tarhib, 4/273, hadis: thabit dan sahih)

7. Menempuhi kematian adalah saat gembira bagi orang beriman kerana mereka akan bertemu dengan Allah Taala. Tiada jalan lain menemui Allah Taala kecuali selepas menempuhi kematian.

8. Maka, kematian menjadi nikmat, bukan musibah yang dibenci. Barangsiapa suka akan bertemu dengan Allah, Allah Taala juga suka bertemu dengannya. Dalam sebuah hadis diriwayatkan isteri Nabi s.a.w, Aisyah r.a bahawa sabda baginda s.a.w,
“Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya” (Sahih Muslim, no: 4845, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar)

9. Maka, usahlah membenci mati.


http://renungan2us.blogspot.com/

Topik:10 Hadiah Utama,yang untuk orang tersayang.!



Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi.mesti kita mempunyai orang yang kita kasihi.betul.? ibu,bapa,suami,isteri,saudara-mara,anak dan sebagainya.

1.      HADIAH MENDENGAR:berikan hadiah ini kepada yang memerlukan,dan kita   hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan.Jangan mencelah,jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kita hendak  membalas.

2.      HADIAH TANDA KASIH:Jangan kedekut memberikan pelukan,ciuman dan ramasan tangan.Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan saying yang ada di dalam diri kita.


3.      HADIAH SEHELAI NOTA:Ia mungkin ringkas seperti “saying awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi.Letakkan nota-nota ini di tenmpat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4.      HADIAH KETAWA:Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.Mesejnya ialah,”saya suka ketawa bersama awak”


5.      HADIAH PUJI-PUJIAN:Sesuatu yang simple seperti”warna biru memang sesuai dengan awak” atau “sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.


6.      HADIAH BANTUAN:Tolong basuh pinggan mangkuk,buang sampah,jaga anak,dan sebagainya.


7.      HADIAH BERSENDIRIAN:Ada ketika kita hanya mahu bersendirian.peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untunk dia bersendiri.


8.      HADIAH KECERIAAN:Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang kita kasihi.


9.      HADIAH RIADAH:Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi
  

10.HADIAH DOA:Selalu berdoa untunk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada didalam doa kita.



http://renungan2us.blogspot.com/

Topik:Hampir MENGGADAI sebuah KEIMANAN hanya kerana 20 sen..

Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.
“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”
Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT” 




http://renungan2us.blogspot.com/